Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 – MYKMU.NET

 

Alhamdulilah segala puji hanya kepada Allah tuhan semesta alam. Hari ini adalah hari yang amat bermakna buat kita semua sebagai rakyat dibumi bertuah ini.

Hari ini adalah tanda bahawa bangsa Malaysia adalah sebuah bangsa merdeka yang mampu berdiri sendiri dan perlu dihormati.

Kita seharusnya bersyukur walaupun kita diuji dengan pelbagai cabaran, rintangan dan yang terkini pedemik Covid-19, kita berjaya menghadapinya sebagai sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Perjalanan ini masih jauh panjang dihadapan,

Walaupun ianya sukar namun liku – liku semalam kita berjaya mengharunginya secara bersama.

Benar dalam kesepaduan kita ada perbalahan, ada pertengkaran, namun itu adalah fitrah manusia dan lumbah dendangan alam.

Walau bagaimanapun jangan sampai mengugat asas perpaduan kita sebagai bangsa merdeka.

Ingatlah kemerdekaan ini sangat sukar dicapai, darah dan nyawa galang gantinya.

Namun mengisi nilai dan mengekalkan kemerdekaan ini adalah jauh lebih sukar, jatidiri dan pemikiran adalah taruhannya.

Oleh itu perlihara ia, suburkan ia dan didiklah ia agak corak aliran mekarnya seperti yang sepatutnya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Editor MyKMU.Net

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker