Oceangate Titan meletup dalam kadar kurang sesaat

Oceangate Titan meletup dalam kadar kurang sesaat

BOSTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesan bunyi dentuman, dipercayai daripada kapal selam pelancong Titan yang meletup akibat tekanan amat tinggi di dasar laut.

Peranti tentera yang memantau bunyi bawah air merakam bunyi berkenaan, sebaik saja kapal selam itu dilaporkan hilang dan terputus hubungan.

Pegawai Tentera Laut AS yang enggan dikenali berkata, bunyi letupan itu direkodkan sejurus selepas Titan hilang Ahad lalu, menggunakan sistem pemantauan akustik rahsia yang direka untuk mengesan kapal selam.

“Tentera Laut AS menjalankan analisis data akustik. Kami mengesan anomali yang menyamai bunyi letupan atau letupan di persekitaran umum tempat kapal selam Titan beroperasi apabila komunikasi terputus,” kata pegawai itu kepada Wall Street Journal.

Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya menemui serpihan kapal selam yang tenggelam berhampiran bangkai Titanic yang terletak 3,800 meter pada dasar laut.

Pengumuman itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) beberapa negara selama empat hari.

Pegawai berkata, analisis menunjukkan serpihan yang ditemui di dasar laut menyamai objek dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.

Lima penumpang kapal itu dianggap sudah meninggal dunia, menurut OceanGate Expeditions, yang mengendalikan kapal selam itu.

Sisa kapal Titanic terletak di dasar laut di Atlantik Utara pada kedalaman kira-kira 3,800 meter.

Profesor kejuruteraan di Imperial College, London, Roderick Smith, berkata letupan boleh disebabkan kecacatan pada badan kapal atau atas sebab lain.

Katanya, kapal selam itu musnah dalam milisaat selepas dihancurkan tekanan air yang amat tinggi.

Keadaan ini menyebabkan kematian serta-merta kepada penumpang dalam ruang bertekanan itu. AFP

Oceangate Titan meletup dalam kadar kurang sesaat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker