BN menang lagi, Ini Respon Win Datuk Seri Najib Razak Malu Apa Bossku

Share

RESPON NAJIB

Cameron Highlands? Rakyat pilih BN.
Semenyih? Rakyat pilih BN.
Rantau? Rakyat pilih BN.
Tanjung Piai? Rakyat pilih BN.
Kimanis? Rakyat pilih BN.
Chini? Rakyat pilih BN.
Hari ini, Slim juga pilih untuk bersama BN.
Satu demi satu pilhan raya, bagaikan ujian litmus untuk parti-parti politik.
Tidak mudah. Pelbagai faktor dipertimbangkan dan menjadi penentu keputusan rakyat.
Rekod pencapaian.
Perkhidmatan kepada rakyat di kawasan setempat.
Prestasi parti politik secara keseluruhan.
Kestabilan dan persefahaman politik.
Janji atau manifesto.
Calon.
Di setiap pilihan raya ini, rakyat membuat penilaian sama ada mereka yakin terhadap BN atau PH/proksi PH.
Keputusan dan suara rakyat jelas.
Rakyat pilih BN.
Lihat dari sudut lain, ini membawa isi hati dan mesej juga bahawa PH ditolak.
Warga pengundi Slim, terima kasih.
Terima kasih kerana meneruskan momentum kebangkitan perjuangan rakyat bersama BN.
Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Mohd Zaidi Aziz, calon BN dan anak tempatan, agar terus berkhidmat untuk penduduk Slim.
Saya yakin perkhidmatan cemerlang arwah Dato’ Khusairi akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi oleh Mohd Zaidi.
Kepada seluruh jentera PRK Slim.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.
Sokongan padu MCA dan MIC jelas dengan sumbangan daripada golongan profesional dan muda kedua-dua komponen ini.
Kepada Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, kepimpinan PAS dan jentera PAS yang turut membantu.
Terima kasih dan BN amat menghargainya.
Sudah tentu, kehadiran pemimpin-pemimpin kanan PPBM juga.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kemenangan PRK Slim.
Bermula dari Himpunan Ummah pada 2018, sehingga kemuncak termeterainya Muafakat Nasional pada 2019.
Muafakat Nasional sekali lagi menjadi pilihan rakyat.
Barisan Nasional sekali lagi diberi keyakinan rakyat.
Genggamlah dengan erat. Kukuhkan kepercayaan ini. Berjuang dan membela rakyat dengan keikhlasan.
Ingat. Kuasa tetap di tangan rakyat.
Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

Facebook: Najibrazak

Leave a Reply