Belasah & tolak isteri dari kereta hingga jatuh , lelaki berusia 31 tahun ditahan polis

Penganggur berusia 31 tahun ditahan polis di Jalan Patani, Georgetown, hari ini, kerana disyaki bergaduh dan menolak keluar isterinya dari kereta sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video itu, wanita berusia 26 tahun terbabit dilihat hampir terjatuh dari kereta yang dipandu suspek.

Kereta itu juga dilihat dipandu secara berbahaya ketika pintu penumpang terbuka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada 7.45 malam itu, suspek yang menaiki Suzuki Swift bergaduh dengan isterinya ketika melalui Jalan Megazine.

Katanya, pergaduhan itu menyebabkan pintu bahagian penumpang hadapan terbuka sehingga mangsa terkeluar dan hampir terjatuh dari kereta.

“Suspek kemudian menolak mangsa keluar daripada kereta dan meninggalkan wanita itu di jalan raya ketika sampai di Jalan Dr Lim Chwee Leong.

“Mangsa yang juga pekerja kilang dan ibu kepada seorang anak itu dibantu orang ramai sebelum membuat laporan polis pada 10 malam.

“Wanita terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mulut akibat dipukul suami,” katanya hari ini.

Soffian berkata, susulan penahanan suspek pada 12 malam tadi, polis merampas kereta yang dipandu lelaki berkenaan.

Siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan masalah keluarga.

“Didapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berhubung kes dadah.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada pengambilan dadah dan suspek ditahan bagi siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.

Tolak isteri jatuh kereta

 

Sumber : Harian Metro & Info Roadblock JPJ/POLIS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker