Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?

Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia telah menghadiri kursus pra perkahwinan pada 15 Ogos lalu di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kata Sufian, 28, kursus pra perkahwinannya itu bukan petanda dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.

“Baru-baru ini saya menghadiri kursus pra perkahwinan. Waktu PKP ini banyak masa saya gunakan untuk mengenali diri sendiri berbanding kenal orang lain.

“Ada banyak perkara yang saya lakukan daripada sudut rohani dan jasmani.

“Kawan-kawan saya sudah ramai berkahwin terutama teman serumah zaman belajar, saya saja belum berkahwin dan apa yang belum cukup untuk berkahwin ialah kursus pra perkahwinan.

Sufian ketika ditemui di pejabat urusan Aries Music di Cheras, Selangor pada Jumaat turut memberitahu dia tidak tertekan apabila diajukan soalan berkaitan rumah tangga.

“Saya tidak tertekan sebab saya tahu Allah telah susunkan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

“Saya bersyukur apa rezeki yang ada, mungkin tak dapat rasa rezeki punyai isteri dan anak-anak tapi saya dapat rezeki lain. Mungkin waktu saya belum lagi,” tambahnya.

“Saya sendiri pun terkejut kerana tidak menyangka lagu Janji mendapat jumlah penstriman tertinggi.

“Lagu itu sejujurnya antara single yang saya sendiri tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana anugerah pun,” ujarnya.

Selain Sufian, dua buah lagu tempatan yang mendapat anugerah terbabit adalah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Naim Daniel.

Dua buah lagu lain merupakan lagu dari penyanyi antarabangsa.- Gempak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker