‘Racer’ pun boleh jadi doktor – Wazi

BEKAS pelumba negara, Wazi Abdul Hamid mengecam pihak yang sentiasa memandang rendah dan negatif terhadap mereka yang terbabit dengan sukan permotoran.

Jelas Wazi, barisan pelumba juga adalah seorang manusia biasa yang mempunyai cita-cita serta mahu mengejar kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

“Bila cakap perlumbaan motosikal atau Cub Prix, ramai yang dok fikir racer (pelumba) ni semua macam insan yang tak ada hala tuju.. ala-ala mat rempit bagai.

“Sampai tempias tu kadang-kadang sampai dekat telinga yang bila cakap racing ni buruk je.

“Mereka lupa bahawa racer pun manusia juga, boleh jadi Dr (doktor) bagai… yang penting ialah apa sumbangan kita pada masyarakat,” katanya di akaun Facebook miliknya.

Wazi merujuk kepada beberapa pelumba ternama yang cemerlang di bidang lain termasuk pelumba MotoGP dari pasukan KTM Tech3, Miguel Oliveira yang juga seorang doktor gigi.

Oliveira baru sahaja meraih kejayaan terbaik dalam kariernya apabila meraih podium pertama pada Grand Prix Styria minggu lalu. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker