14 bulan terlantar sakit, budak dihempap peti ais meninggal dunia

Share

 

Selepas lebih setahun terlantar sakit akibat dihempap peti sejuk, kanak-kanak lelaki Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari disahkan meninggal dunia petang tadi.

Fawwaz sudah tiada – Bapa

 

Memetik laporan Sinar Harian, bapanya Mohd Bukhari Zainal Anuar berkata arwah yang berusia enam tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.

“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah  lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.

Menurut Mohd Bukhari, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan, Seremban dan dijangka akan dikebumikan esok pagi.


Sumber : Mohd Bukhari Zainal Anuar , Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Ohmymedia

Leave a Reply