PrkSlim : Mukhriz sasar tarik sokongan ahli Pas

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan untuk menarik sokongan ahli Pas bagi mengundi calon Bebas mewakili mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa ini kerana mereka difahamkan terdapat ramai ahli Pas tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam PRK berkenaan, Mohd Zaidi Aziz, 43.

Baca :Cucu Negarawan Sahabat DAP Ditangkap Mabuk Langgar PKP

Selain ahli Pas, katanya Pejuang turut menyasarkan pengundi atas pagar.
“Berdasarkan maklumat yang kita dapat, ada juga ahli Pas tidak setuju untuk mengundi calon BN, jadi itu sebabnya kita cuba berjumpa dengan seramai mungkin pengundi-pengundi Pas.



“Setakat ini maklum balas mereka agak memberangsangkan… kita harap mereka boleh memihak kepada kita.

“Selain itu, (pengundi) atas pagar juga agak menarik kerana kalau ikut keputusan PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lepas, kumpulan ini berpecah kepada tiga bahagian termasuk yang menyokong Pas.

Baca : Mukhriz nasihat keluarga jangan langgar PKPP tapi macam mana dengan masuk Pub?

“Kali ini Pas tidak bertanding (jadi kita harap mereka sokong calon Bebas wakili Pejuang),” katanya ketika ditemui media selepas Sesi Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada Selasa. Awani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker