PM sampaikan perutusan khas PKPP malam ini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3, dan Astro Awani.

Pada 7 Jun, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos.



Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga keadaan terkawal.

Cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menterinya, Datuk Sri Dr Adham Baba, berkata ini kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan COVID-19 akan berlangsung tidak kurang dua tahun, selain negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker