Macam mana kamu kata tak tahu, kata Fahmi kepada Zuraida

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang mendakwa 2 projek dianugerahkan secara runding terus oleh kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di luar pengetahuannya.

Susulan itu, ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan mendedahkan bukti tangkap layar hantaran Facebook Zuraida memaparkan gambar lawatan beliau ke salah 1 tapak projek berkenaan tahun lalu.

Menerusi bukti tangkap layar itu, Zuraida didapati mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, bertarikh 10 Disember tahun lalu, atas kapasiti sebagai menteri KPKT di bawah kerajaan PH.

“Kisah menarik hari ini. YB Zuraida kata tidak tahu tentang projek ‘direct nego’ RM170 juta yang didedah Menteri Kewangan semalam,” kata Fahmi dalam hantaran Facebooknya.

“Tapi ada FB post yang menunjukkan beliau hadir di 1 lokasi yang dipercayai tapak projek tersebut. Macam mana kamu kata tidak tahu?.”

Melalui bukti tangkap layar itu, Zuraida, juga dipetik berkata kementeriannya akan membina 1 pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin dalam tempoh setahun. tahun.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengeluarkan kenyataan mencatatkan perincian 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikatakan diperuntukkan melalui runding terus bawah kerajaan pimpinan PH.

Bagaimanapun, Zuraida berkata 2 projek melibatkan kementeriannya diluluskan tanpa pengetahuannya.

Tengku Zafrul dalam kenyataannya mendedahkan KPKT memperuntukkan 1 kontrak bernilai RM170.3 juta kepada syarikat Bumi Segar Indah Sdn Bhd untuk membina, beroperasi dan menyelenggara 1 pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin.

Kementerian itu juga memperuntukkan 1 kontrak bernilai RM501,206.37 kepada Century Software (Malaysia) Sdn Bhd untuk menyelenggara sistem kewangan dan perakaunan.

Peruntukan KPKT bernilai RM170.79 juta itu merupakan ke-5 terbesar dalam nilai projek runding terus didedahkan menteri kewangan.

Zuraida, yang juga bekas naib presiden PKR, salah seorang daripada 11 ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu pada Mac susulan pemecatan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali sebelum 10 daripadanya menyertai PPBM secara rasmi minggu lalu. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker