Kluster Tawar dan PUI Sivagangga kemungkinan besar dari sumber sama

Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan penularan Covid-19 dalam Kluster Tawar danPUI Sivagangga berpunca daripada sumber yang sama.

Kebarangkalian itu berdasarkan kajian virologi oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang mendapati empat sampel virus Kluster Tawar dan tiga sampel Kluster Sivanggga datang dari kumpulan yang sama.

“Mengambil kira peningkatan kes yang mendadak sehingga melibatkan daerah dan negeri lain, pihak IMR, KKM telah menjalankan kajian virologi terhadap Kluster Tawar.

“Sebanyak 14 sampel telah diambil mendapat virus untuk kajian penjujukan ini. Didapati virus tersebut mempunyai mutasi D614G iaitu kadar kebolehjangkitan tinggi,”katanya dalam sidang media Covid-19, di sini, hari ini.

telah dikesan bagi kluster ini melibatkan tiga generasi iaitu pertama (29 kes), kedua (23 kes) dan ketiga (20 kes).

Selain aktiviti kesihatan awam seperti pengesanan kes aktif dan kontak rapat dilakukan, KKM turut menilai risiko dalam Kluster Tawar.

“Penilaian risiko mendapati taburan kes positif Covid-19 tidak tertumpu hanya di suatu lokaliti, penularan dilaporkan berlaku daripada kes asymptomatic, virus D614G sama dengan virus Kluster PUI Sivagangga dan Kawasan penempatan yang agak padat.

“Banyak pergerakan penduduk di dalam dan di antara daerah dan liputan saringan penduduk yang masih rendah,” jelas beliau.

Sebelum mengakhiri sidang medianya hari ini, Dr Noor Hisham selain menyeru rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pembendungan wabak Covid-19, beliau dalam masa yang sama menasihatkan petugas KKM untuk bertindak sedemikian.

“Saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua petugas KKM untuk patuh kepada SOP contohnya di makmal ada SOP, di klinik, wad dan hospital ada SOP masing-masing.

“Jadi kena patuh kepada SOP, pastikan kita menguruskan pesakit melalui SOP yang didrafkan melalui KKM,” kata beliau.-MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker