Isu CPTPP: Lim mohon rujuk Azmin ke jawatankuasa hak dan kebebasan

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng hari ini berkata bahawa dirinya akan mengemukakan usul untuk mengheret Azmin Ali ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Menurut bekas menteri kewangan itu, Azmin, yang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah memilih untuk tidak melaporkan fakta tertentu ketika dia memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Harapan meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Lim berkata bahawa ini bukanlah kebenaran sepenuhnya, kerana keputusan terakhir kabinet PH adalah untuk tidak meratifikasikan perjanjian tersebut.

“Ya, kita setuju meratifikasinya tapi pada 5 September 2018. Tetapi keputusan jemaah menteri baru telah dibuat pada 29 November 2018 iaitu supaya tidak meratifikasi CPTPP.

“Dan ini dinyatakan dengan jelas oleh saya. Bukan sahaja saya tapi YB Penampang iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa, Darell Leiking. Beliau sendrii nyatakan kabinet buat keputusan tak setuju ratifikasi CPTPP.

“Kenapa (Azmin) ambil (keputusan) yang awal bukan yang selepasnya (untuk memberitahu parlimen) ?” soal Lim pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP, berkata bahawa ahli parlimen Gombak itu enggan untuk membetulkan kenyataannya kepada Dewan Rakyat walaupun setelah surat dikeluarkan oleh speaker.

Sebaliknya, kata Lim, Azmin meminta ketua setiausaha MITI Lokman Hakim Ali untuk membalas surat speaker berkenaan.

“Ini sesuatu yang tak hormat dan hina speaker dan Dewan Rakyat. Ini tak dijawab oleh Azmin sendiri tapi dijawab oleh KSU.

“Perkara ini tak betul kerana bila speaker tulis kepada Azmin, harus dijawab ahli Dewan Rakyat, tak boleh diwakil kepada orang lain dengan minta KSU jawab,” katanya.

Lim memberitahu wartawan bahawa dia telah menulis surat kepada Speaker Dewan untuk merujuk Azmin kepada jawatankuasa tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat kerana memberikan maklumat palsu dan mengelirukan Dewan Rakyat. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker