Covid-19 : 10 kes baru dilaporkan hari ini

Terdapat sepuluh kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 36 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 8 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 6 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat ini, Malaysia melaporkan 9,306 kes Covid-19 dengan 9,030 daripadanya sudah sembuh.

Ketika ini, 151 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.


Jumlah discaj baru: 36
Jumlah kumulatif discaj: 9030 (97.0%)

Jumlah kes baru; 10
Jumlah kumulatif: 9306
Jumlah kes aktif: 151

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.34%)

Jumlah kes di ICU: 8
Pesakit intubated: 6

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker