Walaupun PN tidak tetapkan ‘tempoh PM’ tapi tak mungkin bagi sampai umur 95 tahun

Share

Kerajaan Perikatan Nasional setakat ini tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan had tempoh masa untuk jawatan perdana menteri.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat hari ini.

“Dalam perkara itu (menghadkan tempoh PM) setakat ini tidak (cadangan pinda perlembagaan),” katanya.


Takiyuddin menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH – Bayan Baru) yang meminta kerajaan menjelaskan mengapa ia menarik balik rang undang-undang untuk menetapkan had dua penggal untuk jawatan perdana menteri.

RUU itu telah dibentangkan oleh PH dan adalah antara janji utama dalam manifesto pilihan raya mereka.

Takiyuddin sebelum ini berkata tindakannya adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan kerajaan tidak perlu memberikan alasan untuk menarik balik rang undang-undang berkenaan.


Dia juga mempersendakan RUU itu, yang menurutnya dibentangkan oleh seorang yang sendiri berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan 22 bulan, merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata, kabinet telah sebulat suara memutuskan untuk menarik balik rang undang-undang tersebut.

Dia memberi jaminan bahawa terdapat banyak perkara lain dalam agenda reformasi PN dan kebanyakannya masih di dalam jadual.


Leave a Reply