Tak perlu politikkan projek secara rundingan terus, kata Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tidak perlu dipolitikkan isu projek kerajaan yang dianugerahkan secara rundingan terus.

Beliau berkata, perolehan projek kerajaan secara rundingan terus diperuntukkan di bawah undang-undang.

Tengku Zafrul menjelaskan, beliau selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 membenarkan rundingan terus, sekali gus tiada sebab untuk perkara itu dipolitikkan.

“Selepas saya menjawab isu itu (di Parlimen), banyak permintaan daripada beberapa pihak (supaya) senarai projek tersebut dikeluarkan.

“Jadi, atas dasar ketelusan, saya buat keputusan untuk keluarkan senarai tersebut dan ia berdasarkan fakta.

“Ia bukan atas sebab siapa yang runding, (atau) bilakah ia ditandatangani. Kalau kita lihat, itu adalah data dan fakta menunjukkan LOA (Surat Anugerah) ditandatangan semasa PH (menjadi Kerajaan)

“Jadi, itu sahaja yang ingin saya sebut. Dan ini tidak perlu dipolitikkan. Ini fakta sahaja,” katanya kepada media selepas melancarkan Dana Penjana Nasional di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini hari ini.

Related Articles

One Comment

  1. Memang ada peruntukan yang membolehkan Rundingan Terus dibuat. Benda ini sudah lama diamalkan bukan saja pada kerajaan tetapi pada syarikat2, di Malaysia dan di seluruh dunia. Begitu juga dengan amalan Variation Order (tambahan kepada perbelanjaan asal). Sebenarnya puak2 PH ini yang kononnya nak tunjuk betapa baik dan telusnya mereka, dalam ceramah2 politik mengatakan tidak akan mengamalkan Rundingan Terus, semuanya kena melalui tender terbuka. Lepas itu salahkan kerajaan yang lepas, menyalahgunakan proses Rundingan Terus untuk menyonglap duit rakyat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker