Puting beliung rosakkan kedai, 6,000 ayam segar rosak

Puting beliung rosakkan kedai, 6,000 ayam segar rosak

KUALA NERUS: Pemilik Agro Bazar Rakyat kerugian lebih RM200,000 apabila premisnya di Kampung Padang Nenas, di sini, dibadai puting beliung menyebabkan semua barangan jualan rosak.

Kejadian jam 10 pagi tadi turut meranapkan beberapa struktur bangunan, selain menyebabkan 6,000 ekor ayam segar yang dianggarkan bernilai RM70,000 rosak.

Ahmad khaliff Muzaffar Md Yani, 33, yang juga pembekal ayam segar berkata, ketika kejadian, dia dan empat pekerja tiada di premis berkenaan kerana keluar menghantar barangan dan ayam segar kepada pelanggan.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi rakan sebelum bergegas kembali ke kedai dalam keadaan hujan lebat.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa selepas melihat sebahagian kedai yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu rosak teruk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, selain premis miliknya, lebih 10 rumah penduduk di kampung berkenaan mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

“Saya difahamkan angin datang berpusing dari arah hadapan kedai menyebabkan bumbung depan ranap keseluruhannya dan beberapa siling tercabut.

“Akibat kejadian ini, saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM200,000 apabila semua barangan dalam kedai rosak,” katanya.

Ahmad khaliff Muzaffar berkata, dia buntu memikirkan bagaimana untuk memulakan semula perniagaan kerana sebahagian wang pinjaman sudah habis digunakan ketika memulakan semula perniagaan selepas terhenti akibat COVID-19.

“Saya membuat pinjaman RM300,000 dengan beberapa institusi kewangan termasuk FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) pada Oktober tahun lalu.

“Kejadian ini menyebabkan saya buntu memikirkan bagaimana untuk membayar semula pinjaman.

“Saya sangat berharap ada pihak dapat membantu saya memulakan semula perniagaan ini,” katanya. BH

Puting beliung rosakkan kedai, 6,000 ayam segar rosak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker