Kluster Tawar, PKPD di Aman Jaya bermula malam ini

Share

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan berkuatkuasa jam 12.01 malam pada 28 Ogos hingga tempoh dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelak.

PKPD ini berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan membabitkan tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.


“Ia membabitkan 22,360 individu, 265 rumah. Semua individu akan disaring petugas KKM,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Penduduk di zon terbabit tidak dibenarkan untuk keluar zon manakala orang luar tidak dibenarkan untuk memasuki zon terbabit,” katanya.

Leave a Reply