Isu Batik Malaysia Tak Laku, Pereka Fesyen Punya Pandangan! – “Benda Murah, Cantik, Ada Trend Depa Pakai…”

Share

Susulan isu batik Malaysia yang kurang mendapat tempat di hati rakyat tempatan berbanding batik dari Indonesia, pereka fesyen Hatta Dolmat punyai pandangannya sendiri.

Kata Hatta, ada banyak inisiatif boleh dilakukan oleh penggiat batik dan usahawan tempatan untuk mempopularkan batik Malaysia.

“Kita peliharalah jagalah batik kita, kita komersialkan buat kolaborasi pereka fesyen dan pengusaha batik.


“Pemilihan material yang lebih murah, rakyat nak benda murah, cantik dan ada trend,” katanya.

 

Malah, Hatta mencadangkan kerajaan turut melakukan tindakan drastik untuk mempromosikan batik Malaysia lebih giat.

“Jadi, kerajaan juga kenalah betul-betul mempromosikan batik kita ke satu tahap yang lain.


“Buat kempen yang berterusan sepertimana mereka (Indonesia) di sana tak henti-henti mengangkat batik mereka.

“Macam Indonesia mereka dan maju dari pemilihan reka corak komersial, warna dan material.

“Kalau kita nak budak-budak muda nampak, kena pakai motif segar yang kena dengan jiwa budak muda.


“Saya tak sokong cakap rakyat salah. Rakyat ni senang je, benda murah, cantik, ada trend depa ikut, depa pakai,” katanya.

Image

 

Terdahulu tular kenyataan industri batik tempatan ‘dibunuh’ sendiri oleh rakyat Malaysia terutama generasi muda yang mempopularkan batik Indonesia dan diviralkan hingga menjadi gaya ketika majlis perkahwinan, acara formal dan santai.- Gempak

‘Lepas ini dah tak ada baju batik saya yang jadi asas kuih-muih’

 

Ismail: Ingat saya jadi model baju batik, tapi ilham corak kuih-muih

 

Leave a Reply