Usain Bolt positif Covid-19

Share

Jaguh olahraga Usain Bolt telah disahkan positif wabak Covid-19, selepas menyertai sambutan ulang tahunnya ke-34 di mana hadirin dililhat tidak memakai pelitup muka.

Menurut laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu semalam.

Pemegang rekod dunia acara pecut 100m dan 200m itu kini menjalani kuarantin di rumahnya.


“Demi keselamatan saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat,” katanya dalam satu rakaman video diiringi petikan “stay safe my people”.

Menurut laporan itu, Bolt berkata dia membuat ujian Covid-19 sehari selepas sambutan ulang tahunnya.

Usain – pemenang lapan pingat emas Olimpik – juga berkata tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut, termasuk masalah pernafasan.


Kes harian di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari sejak empat hari lalu, berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya.

Pegawai menyifatkan ia berpunca daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan hujung minggu sempena Hari Merdeka negara itu.

Setakta ini negara itu merekodkan 1,612 kes positif Covid-19, dengan 622 kes yang masih aktif dan 16 kematian. Mkini


Leave a Reply