Mahkamah Rayuan dengar permohonan Musa Aman 7 Sept ini

Permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pembubaran DUN di negeri itu akan didengar Mahkamah Rayuan pada 7 September ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam turut menetapkan tarikh sama untuk mendengar rayuan semua perayu terhadap keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan DUN pada 30 Julai lalu.

Turut bersidang Hakim Datuk P Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan 33 ADUN berkenaan mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan membubarkan DUN Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak mengikut Perlembagaan Sabah dalam memohon Juhar membubarkan DUN.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker