KKR akui terbabit sebahagian 101 projek rundingan terus, kata Fadillah

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan wujud sebahagian daripada 101 projek bernilai RM6.61 bilion membabitkan kementerian itu dikatakan diperoleh secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas, kata menterinya Fadillah Yusof.

“Memang ada sebahagian daripada projek itu sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ya, saya sahkan,” katanya ringkas kepada media selepas selesai menyerahkan dan merasmikan projek menaik taraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Persimpangan Taman Melati, Gombak hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada Isnin bahawa pentadbiran negara ketika diterajui PH selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Fadillah berkata pihaknya masih belum mendapat anggaran sebenar jumlah kos projek berkenaan dan masih lagi menyemak butiran lanjut mengenainya.

ADVERTISING

Ads by Teads

Beliau berkata maklumat awal pihaknya mendapati projek itu bukan diklasifikasikan sebagai ‘special circumstances’ tetapi adalah proses biasa atas permintaan.

“Namun, ada juga projek kita teruskan ketika ini setelah melihat kepada asas projek itu,” katanya.

Fadillah berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap dakwaan pemberian secara rundingan terus itu.

SPRM dilaporkan telah menerima beberapa memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), berhubung isu berkenaan dan akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara rundingan terus, semasa pentadbiran kerajaan lepas. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker