Kementerian Azmin, Zuraida masa PH turut tersenarai projek runding terus

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merekodkan jumlah paling tinggi bagi kelulusan projek secara runding terus dengan 13 projek.

Dalam senarai dikepilkan dalam kenyataan media Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, beliau memaklumkan projek diluluskan kementerian itu membabitkan nilai RM5.67 juta diikuti Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan 12 projek dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (9 projek).

Turut tersenarai adalah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang menterinya ketika itu, Mohamed Azmin Ali semasa persidangan Dewan Rakyat pada 24 Ogos lalu memberitahu Kabinet pentadbiran PH tidak pernah dimaklumkan mengenai kelulusan projek secara runding terus.

Kementerian itu meluluskan 4 projek secara runding terus. Azmin, dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah menteri kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bawah pentadbiran Zuraida Kamaruddin yang turut berada dalam kerajaan PH sebelum ini juga tersenarai dengan 2 projek diluluskan. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker