Rundingan Terus: ‘Projek Berhantu’ MOF, Siapa ‘Hantu Besar’ berkenaan?

Semalam gempar di Sidang Dewan Rakyat apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berdasarkan rekod yang diperolehnya terdapat sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6,610,000,000 ribu juta dibuat secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Pendedahkan walaupun mengejutkan banyak pihak tapi sebenarnya ianya bukanlah satu kejutan bagi pemerhati politik yang kenal akan Pakatan Harapan yang kaki pembohong dan main wayang nombor satu negara.

Malah jika kita masih ingat tahun lalu apabila satu surat yang dikatakan daripada Kementerian Kewangan yang mendakwa Perdana Menteri telah menulis sepucuk surat pada 9 Julai mengenai kelulusan projek berkenaan secara rundingan terus.



Surat bertarikh 26 Julai 2019 yang tersebar di media sosial mengatakan Kementerian Kewangan bersetuju syarikat tertentu dilantik melalui rundingan terus bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta. Mahathir seperti biasa memberi jawapan mudah saya tidak tahu.

Malah Lim Guan Eng menteri kewayangan kesayangan wardina pada ketika itu mengakui bahawa bukan beliau yang mentandatangai surat berkenaan walaupun beliau sebagai orang no. 1 di MOF

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Projek RM450 juta, bukan tandatangan saya – Guan Eng

Ini sangat menghairankan..



PM7 mengatakan bahawa dia tidak dapat mengingat dan mengatakan bahawa dia tidak setuju.

Guan Eng juga mengatakan bahawa dia tidak tahu dan bahawa dia tidak menandatangani surat itu.

Oleh itu, projek bernilai RM450 juta diberikan melalui nego langsung yang tidak diketahui oleh PM dan MOF.

Jadi melalui pendedahan oleh tengku Zafrul di sidang dewan rakyat hari ini, tidak ada yang tahu siapa yang meluluskan projek bernilai RM 450 juta itu. Ianya mestilah dilakukan oleh hantu besar di kementerian berkenaan dan dipersetujui secara bersama oleh hantu – hantu yang lain.



Itulah sebabnya PH dan Guan Eng tidak boleh disalahkan dalam 101 projek bernilai RM6 bilion memandangkan masa PH Kerajaan kerana mereka tidak tahu apa-apa.

Hanya duduk terkangkang dan enjoy makan gaji buta sahaja.

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

 



 

 

 

 



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker