Boleh solat tanpa sejadah di masjid – Ismail Sabri [Video]

Share

 

Orang ramai yang terlupa membawa sejadah tidak diwajibkan menggunakan alas tersebut di masjid.

Perkara itu dipersetujui oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mesyuarat Khas Menteri

Namun begitu, penggunaan sejadah adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka adalah masih diwajibkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Malah, Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk membenarkan warganegara asing untuk menjalankan ibadah solat berjemaah di masjid bermula 1 September ini dan mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini.

Mengulas mengenai pemakaian pelitup muka, Ismail Sabri memberitahu, pemakaian pelindung muka (face shield) bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dibenarkan.

Meskipun begitu, penggunaan pelitup muka adalah digalakkan. – MalaysiaGazette


Leave a Reply