Beri Azmin jawatan lantikan – Zuraida

Share

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekurang-kurangnya boleh memberikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jawatan lantikan yang bersesuaian.

Bagi Zuraida Kamaruddin beliau tidak kisah sekiranya tidak menyandang sebarang jawatan dalam parti berkenaan, sebaliknya komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Selalunya dalam parti politik ada jawatan lantikan, jadi mungkin boleh diletakkan beliau di jawatan lantikan yang bersesuaian.


“Tapi tiada masalah, saya pun tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti ketika ini kita hanya buat kerja sahajalah. Fokus berkhidmat untuk rakyat,” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Zuraida dengan nada berseloroh berkata, beliau sudah biasa tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti setelah meninggalkan PKR kira-kira lima bulan lalu.

“Tidak apa (tidak ada jawatan). Sekarang saya tidak ada jawatan pun. Lima bulan saya sudah tidak ada jawatan,” katanya kepada pemberita ketika hadir di Forum Hari Wanita di Institut Pengurusan Wanita (WIM) di sini hari ini.


Bersatu dikatakan akan berbincang berhubung pelantikan Mohamed Azmin sebagai seorang daripada Naib Presiden parti itu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Bagi membolehkan Azmin dilantik sebagai Naib Presiden Bersatu, parti tersebut terlebih dahulu perlu meminda perlembagaan parti.

Untuk rekod, Azmin bekas Timbalan Presiden PKR dan 10 bekas Ahli Parlimen parti itu pada 22 Ogos 2020 sah menjadi ahli Bersatu.– MalaysiaGazette


Leave a Reply