Anggota polis trafik tendang penunggang motosikal, tindakan akan diambil

Tindakan tegas akan dikenakan jika anggota cuai, agresif – Aidi

Polis Sarawak sedang menjalankan siasatan terhadap anggota cawangan trafik susulan video tular menunjukkan seorang penunggang motosikal jatuh selepas ditendang di Jalan Temple di Sibu, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kejadian tersebut dirakam oleh awam semasa sepasukan anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ sekitar jam 12.15 tengah hari.

Menurutnya, rakaman tersebut jelas menunjukkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang cuba membuat pusingan ‘u’ secara tiba-tiba.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati cuai atau bertindak agresif semasa menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal terbabit menunggang tanpa lesen dan cukai jalan motosikal telah tamat tempoh.

“Selain itu, penunggang motosikal juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus trafik dan ubah suai ekzos,” katanya. UB

Related Articles

One Comment

  1. Kalau saya jadi polis itu pun, saya akan buat pekara yang sama. Samseng bermotosikal semakin berleluasa. Mereka tak hormat undang2 jalaraya malah di depan balai polis pun mereka menunjukkan sikap provokasi yang melampau. Pihak polis mesti mengetahui dan bayangkan sebuah motosikal meluru ke arah di mana kita berdiri atau berjalan, ancamannya serupa seperti seseorang mengacukan sejata api ke arah kita. Kita berhak untuk mempertahankan diri kita sendiri.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker