Syed Saddiq komen hudud, rakyat potong tangan, menteri potong kuku’

Kalau hudud dilaksanakan, rakyat potong tangan, menteri potong kuku’

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan persoalan apakah hukum hudud sekiranya dilaksanakan, bakal dikuatkuasakan secara adil.

Anggota Parlimen Muar itu mendakwa, ini kerana undang-undang sekarang pun dilaksanakan secara berat sebelah apabila menteri hanya didenda RM1,000 kerana ingkar perintah kuarantin wajib.

Sedangkan katanya, rakyat biasa didenda dengan kompaun yang lebih tinggi dan penjara.

“Rakyat biasa yang langgar kuarantin, didenda RM12,000 dan dipenjara sampai lima bulan.

“Bila melibatkan menteri, “undang undang” lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.

“Kalau hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri potong kuku (potong gaji) sahaja,” ciapnya di Twitter.

Pelaksanaan undang-undang hudud pernah menjadi matlamat utama PAS, yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari luar negara.

Kerajaan sebelum ini mewajibkan semua individu dari luar negara menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari, yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Khairuddin pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan hadir ke parlimen enam hari kemudian iaitu pada 13 Julai.

Kuarantin di pusat kuarantin dikuatkuasakan semula pada 24 Julai, namun sebelum itu mereka yang pulang dari luar negara masih perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

Khairuddin berkata ketiga-tiga ujian saringan menunjukkan dia negatif daripada wabak berkenaan.

Individu yang pulang dari luar negara dan disahkan negatif masih perlu menjalani kuarantin kendiri dan melakukan sekali lagi ujian saringan pada hari ke-13.

Jika disahkan positif, mereka akan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Khairuddin semalam memohon maaf dan mengumumkan untuk menyumbangkan gajinya dari Mei hingga Ogos kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Covid-19) atas rasa tanggungjawab.

Kontroversi membabitkan Khairuddin berlaku selepas orang ramai mengadu layanan undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan VIP.

Pada 14 Ogos lalu, seorang wanita berumur 72 tahun didenda RM8,000 dan dihukum penjara kerana melanggar perintah kuarantin.

Ujian saringan kedua mendapati dia disahkan positif.

Pada 13 Ogos lalu, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, juga didenda RM12,000 dan dikenakan penjara lima bulan kerana ingkar arahan yang sama.

Dia merupakan kes indeks bagi kluster Sivagangga. Mkini

Sementara itu Ustaz Ahmad Dasuki menasihatkan Syed Saddiq berfikir tentang dosa tau pahala sebelum bercakap atau menulis sesuatu.

Berikut adalah dari laman FB beliau :

Bercakap atau menulis tu biar rasa ada dosa dan pahala, jika kata kata ‘budak baru aqil baligh’ ni segaja, ia merupakan dosa besar mempersendakan hukum agama, jika atas kejahilan, maka beristigfar dan bertaubatlah.. setiap apa yang kita ingin luahkan, cubalah pandang kiri dan kanan.. maknanya tanya dulu kesan hukum dari kata kata jijik ini.. nampak sangat kebiadapan terhadap hukum Islam!!! yang kamu benci terhadap menteri tu satu perkara yang berbeza dengan mempersendakan hukum agama!!! ada faham???

Related Articles

One Comment

  1. Stuju ats pnjelasan ustaz tu cuma.aku nk tambah ckit batas persempadanan yang membezakan aqidah islam dn kafir itu bagai mata puteh dn mata hitam takkala berkelip…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker