Ngeh Koo Ham dihalau keluar dewan, ganggu ucapan menteri

KUALA LUMPUR: Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) diarah keluar dewan selepas mengganggu ucapan penggulungan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan kecoh lebih 5 minit selepas Zafrul melaporkan RM6.61 bilion projek diluluskan menteri kewangan pentadbiran lepas tanpa dibentangkan di Jemaah Menteri.

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Azmin Ali, yang juga menteri hal ehwal ekonomi ketika itu, kemudian memaklumkan dewan bahawa projek itu tidak pernah dibentangkan di Jemaah Menteri.

Ngeh mempersoalkan tindakan Azmin, mengingatkan dewan bahawa beliau juga anggota pentadbiran lepas.

Speaker Azhar Azizan Harun mengarahkan Ngeh duduk namun tidak diendahkan, sehingga terpaksa memberi amaran, sebelum wakil rakyat DAP itu diarah keluar dewan.

“Esok baru boleh datang,” katanya.

Azhar kemudian memberi amaran kepada wakil rakyat supaya tidak membuang masa pada sesi pembentangan itu. – FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker