Baru Dapat Tahu Kena Jadi ‘Madu’? Ini luahan hati Miera Leyana

Tular di media sosial mengenai pelakon Miera Liyana yang didakwa mendirikan rumah tangga dengan suami orang yang memiliki tujuh anak perempuan.

Menerusi video di saluran Youtube Viral Oh Viral perkahwinan Miera Liyana, 27, dengan Rosland Othman, 47, pada 26 Julai lalu itu dikatakan tanpa restu isteri pertama.

Didakwa Kahwin Suami Orang Anak 7, Ini Jawapan Miera Leyana

Pelakon Miera Leyana masih menggantung persoalan netizen mengenai desas-desus statusnya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada usahawan Rosland Othman.

Kata Miera, 27, isu poligami tidak sepatutnya menjadi perkara negatif dan ia sama sekali tidak menyalahi undang-undang.

“Saya tak kisah orang nak gelar saya isteri pertama, kedua atau ketiga pun. Cuma saya tak faham kenapa rakyat Malaysia menganggap isu poligami itu tak okey.

“Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun saya tak rasa saya buat salah sebab kami tak kahwin sorok-sorok! Saya buat majlis besar-besaran dan jemput orang ramai termasuk rakan media.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan. Kalau saya salah, lebih baik saya dan suami nikah di Thailand senyap-senyap, tak perlu membazir duit ibu bapa saya,” katanya kepada Gempak.

Miera sebelum ini terpalit dengan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa dirinya merupakan isteri kedua kepada Rosland selepas mereka selamat diijabkabulkan.

Justeru, Miera hanya membiarkan netizen bermain dengan spekulasi sendiri mengenai status dirinya tanpa perlu bersuara berlebih-lebihan.

“Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab saya tak mahu panjangkan isu itu. Apa orang nak kata, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka.

“Lagipun, kami sudah selamat berkahwin. Lebih baik doakan yang baik-baik saja…

“Sepatutnya selepas berkahwin, saya boleh hidup bahagia dan lalui hari yang indah-indah tetapi ini pula jadinya.

“Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul,” tambahnya yang akui tertekan.

Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis Kuala Lumpur.

Sementara itu, majlis resepsi Miera dan Rosland diraikan penuh meriah malam tadi di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ramai rakan selebriti antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Biodata Dan Info Perkahwinan Pelakon Miera Leyana (Miera Liyana)

Siapa Miera Leyana? Miera Leyana Kasmi atau nama popularnya, Miera Leyana merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau mula membintangi drama sejak umur 15 tahun menerusi siri web Luna Fantasiku yang ditayangkan di Gua.com.my pada 2008.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Miera Leyana binti Kasmi.

Menggunakan nama komersial, Miera Leyana atau Miera Liyana.

Berumur 27 tahun.

Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 28 Ogos 1993.

Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama dibintanginya seperti Hotel Mania, Asmara Luna, Memori Cinta Suraya, Mr. Boss Miss Stalker, Biar Aku Jadi Penunggu dan Aku Cinta Dia.

Termasuk telefilem Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia, Mama Sado, Mat Chia Chia, Lari Lagi, Peah Singa, Kismet dan Genesis.

Pembabitannya di layar perak menerusi filem Jangan Pandang-Pandang, Pecah, Balada Pencinta, Apokalips X, Dendam Orang Mati, Kastil Tua dan Lebuhraya Ke Neraka.

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @mieraleyana sehingga kini mencatatkan lebih 359,000 pengikut.

Fakta Menarik

Berketinggian 1.7 meter.

Kakak kepada instafamous Miera Leydia.

Merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2013 menerusi filem Pecah.

Info Perkahwinan Dan Bakal Suami Miera Leyana

Pernikahan Miera bakal diadakan di Kuala Lumpur, esok (26 Julai 2020), diikuti majlis resepsi yang dijadualkan pada bulan hadapan (Ogos 2020).

Bakal suaminya merupakan rakan baiknya sendiri yang juga seorang usahawan berumur 40-an, dikenali sejak empat tahun lalu, namun sehingga kini masih dirahsiakan identitinya.

Pertemuan pertama pasangan ini bermula di sebuah majlis pelancaran.

Miera akui terkejut apabila pasangannya mendedahkan hasrat untuk membawa hubungan persahabatan ke jinjang pelamin pada Mei lalu.

Persediaan majlis nikah dibuat kurang daripada tempoh sebulan.

Miera menyifatkan bakal suaminya sebagai seorang yang matang, memahami, ikhlas dan pemalu, serta mampu mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Kerana prosedur operasi standard (SOP), jumlah tetamu majlis nikah dihadkan kepada 250 orang, terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua belah pihak. Selebihnya bakal diundang ketika majlis resepsi di sebuah hotel Ogos ini.

Bakal suami memberi sokongan penuh untuk Miera meneruskan perjuangan karier dalam lapangan seni lakonan, termasuk bidang penerbitan. MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker