Nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia tak lagi sesuai digunakan – Kadir Jasin

Share

Matlamat Bersatu untuk mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti terbesar Melayu dan bumiputera berakhir dengan langkah terbaru mereka berhubung keanggotaannya, kata salah seorang bekas pemimpinnya hari ini.

Menurut A Kadir Jasin, pengumuman perubahan kedudukan Bersatu – daripada parti pribumi dan bumiputera kepada parti berbilang bangsa – diumumkan Muhyiddin Yassin pada hari menteri kanan, Azmin Ali, menganggotainya semalam.

Bersatu asalnya ditubuhkan sekumpulan bekas pemimpin kanan Umno yang tidak bersetuju dengan skandal 1MDB. Selain Muhyiddin, tokoh yang bertanggungjawab melahirkan Bersatu ialah Dr Mahathir Mohamad.


A Kadir adalah seorang daripada anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sehinggalah dia meninggalkannya baru-baru ini.

Bersatu membuka keahlian kepada semua orang Melayu dan Bumiputera. Bagaimanapun, Langkah Sheraton yang menyaksikan sekumpulan ahli PKR berpaling tadah membabitkan seorang anggota parlimen bukan Melayu, R Santhara Kumar.

Semalam juga Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mencadangkan penubuhan sayap baru dalam parti itu bagi membuka ruang anggota bukan Melayu memegang jawatan.


Kata Muhyiddin dia secara peribadi sudah mengemukakan usul itu dan menugaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Rais Yatim untuk meneliti penubuhan berkenaan.

Dengan perkembangan itu juga, A Kadir berkata, nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak lagi sesuai atau tepat untuk digunakan.

“Natijahnya, yang menang besar dalam perubahan status Bersatu itu adalah Kumar dan Azmin.


“Dengan penghapusan status pribumi/bumiputera itu juga, selesailah masalah Azmin dan pengikut bukan bumiputeranya.

“Sekarang bolehlah mereka menjadi ahli Bersatu tanpa halangan dan sekatan,” katanya.

Leave a Reply