Muafakat Nasional, jenama baru dalam arena politik negara – Tuan Ibrahim

Share

Ia muncul disaat orang Melayu rasa tertekan dengan pelbagai isu yang muncul akibat dari PH mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Isu ICCERD telah menjadi pemangkin kepada penyatuan orang melayu khasnya di Malaysia, dan diikuti oleh Pilihanraya kecil yang membibitkan kerjasama antara dua parti utama orang melayu Islam PAS dan UMNO, kini ia semakin kukuh dengan penyertaan Bersatu sebagai sebahagian dari komponen MN.

Ramai mendoakan agar MN ini kekal sebagai suatu muafakat politik yang berpanjangan, Walaupun hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah bagi parti-parti politik kekal dalam satu gabungan dalam tempoh yang lama.


Tiga asas utama bagi menjamin MN akan terus kekal ialah:

1. Keikhlasan.
Penyatuan orang Melayu Islam menjadi keutamaan agar Kedudukannya sebagai kaum dan agama teras negara dapat dipelihara.

2. Saling memerlukan.
Semua parti mesti dihormati dan dijaga kedudukannya dalam gabungan. Bilamana satu parti merasa ia tidak lagi memerlukan rakan politik dalam membuat sesuatu keputusan, maka ia petanda awal berakhirnya muafakat.


3. Toleransi.
Parti punyai pengikut yang pelbagai jenis, namun kepatuhan kepada keputusan pimpinan adalah asas utama. Dalam kerangka kerjasama, semua pihak perlukan toleransi yang sangat tinggi. Perlu buang ego, ketepikan sikap bossy, sombong dan takabur.

MN perlu buktikan melalui tindakan. Keputusan mesti melalui perundangan bersama, ada kalanya kita perlu korbankan kehendak pengikut di bawah, kerana kepentingan yang lebih besar dan lebih penting yang hanya difahami oleh pimpinan.

Tidak semua perkara perlu dikongsi dengan semua pengikut dan orang ramai.


Jangan terpengaruh dengan mereka yang
cakap kuat, kerana itu bukan bermakna ia betul, cakap perlahan bukan makna lemah.

Banyak cakap belum tentu mampu membuat kerja. Terkadang banyak idea belum tentu sesuai untuk dilaksana. Belajarlah memahami sesuatu disebalik sesuatu yang dilihat kerana hakikatnya Allahlah yang menyatukan hati-hati manusia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Kubang Kerian
23hb Ogos 2020.

Leave a Reply