5 Setiausaha Agung MN julung kali berkongsi pentas, sambutan luar biasa

Share

Plihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya lima Setiausaha Agung parti-parti yang bergabung dalam Muafakat Nasional (MN) berkongsi pentas di sini malam ini.

Dewan Besar Felda Trolak Utara menjadi saksi kemunculan Setiausaha Agung, Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hadir sama, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan Setiausaha Agung MIC, Datuk M. Asojan.


Mereka berlima hadir berucap pada program Ceramah 5 Setiausaha Agong Muafakat yang mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.

politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Elemen berkenaan terkandung dalam piagam yang ditandatangani pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Minggu lalu, Majlis Pimpinan Bersatu bersetuju menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar.

Pas hari ini pula Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin megesahkan sudah bersetuju menyertai MN melalui satu surat yang dihantar beberapa hari lalu.

Takiyuddin dilaporkan berkata di Kota Bharu, jawapan balas dihantar Muhyiddin susulan surat pelawaan yang diterima beliau, yang ditandatangani Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Bagaimanapun, kata Takiyuddin, perbincangan lanjut, termasuk sama ada untuk mendaftarkan MN atau PN sebagai sebuah gabungan masih belum dimulakan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply