Jangan salah guna kepala surat rasmi kerajaan untuk urusan keluarga – Annuar

Share

Tan Sri Annuar Musa menegur pihak yang menggunakan kepala surat rasmi kerajaan untuk urusan keluarga.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menjelaskan, kepala surat rasmi sesebuah kementerian bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan kepentingan diri.

“Kepala surat (letterhead) bukan untuk disalahgunakan. (Kalau) untuk urusan, tolong ketepikan. Hentikan perkara tidak wajar.


“(Sebaliknya) tumpu berkhidmat untuk rakyat,” tulis beliau dalam ciapan Twitternya.

Beliau dipercaya merujuk satu surat yang tular dari Timbalan Menteri Pertahanan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang memohon sokongan untuk memberikan jawatan Ahli Lembaga Pengarah kepada anaknya.

Surat menggunakan kepala surat Kementerian Pertahanan Malaysia itu ditulis Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz kepada ketuanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar memberi jawatan dalam Pharmaniaga kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham.


Dalam surat itu Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah memohon jasa baik Ismail Sabri dapat menyokong anaknya, Ikmal hazlan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Pharmaniada Berhad.

Sesungguhnya, tulis bekas Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah itu, pelantikan anaknya akan dapat memberi pengalaman kepadanya, selain berpeluang menyumbang idea bagi memantapkan lagi Pharmaniaga Berhad.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam kenyataan balasnya memberitahu, beliau hanya sekadar menyokong, tetapi tidak melantik Ikmal Hazlan ke jawatan yang diminta oleh Ikmal Hisham. – MalaysiaGazette


Leave a Reply