Hampir 2,000 ahli Bersatu Melaka didakwa keluar parti

Hampir 2,000 pemimpin dan ahli akar umbi Bersatu didakwa keluar parti pada suatu majlis yang disiarkan secara langsung di media sosial malam tadi.

Majlis itu dihadiri wakil-wakil Bersatu dari Bahagian Kota Melaka, Alor Gajah, Tangga Batu, Bukit Katil, Masjid Tanah dan Jasin.

Kesemua 1,878 ahli yang dikatakan keluar parti itu merupakan ahli dari lima bahagian iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah.

Pengumuman berasingan melibatkan bahagian Masjid Tanah pula akan dibuat dalam masa terdekat.

Bekas ketua cawangan Rim bahagian Jasin, Imanuddin Abdul Aziz berkata sekitar 300 orang hadir pada majlis malam tadi yang mewakili suara ribuan akar umbi Bersatu.

“Untuk keluar Bersatu beramai-ramai hari ini tanda sokongan kita kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami bersama-sama dengan rakan-rakan yang keluar parti kerana Bersatu sudah tidak relevan lagi.

“Kita akar umbi ini, mesti ikut kepala kereta api yang betul. Kalau tidak habis rosak gerabak-gerabak,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Wakil Bersatu Bahagian Kota Melaka, Mohd Farhan Mahmud yang turut hadir berkata pengumuman keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

“Pemegang jawatan di peringkat cawangan (Kota Melaka) seramai 150 orang telah keluar bersama ahli akar umbi seramai 150 dengan ini mengisytiharkan keluar Bersatu Melaka berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Pengumuman malam ini menyusuli tindakan keluar parti oleh pemimpin dan ahli Bersatu di seluruh negara, semenjak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti barunya, Pejuang.

Pejuang bermula pada PRK Slim walaupun calon parti yang menghadapi BN itu bertanding atas tiket bebas.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin pada 13 Ogos lalu berkata penubuhan Pejuang dan tindakan segelintir ahli yang keluar parti tidak menjejaskan Bersatu.

“Saya nak maklumkan, hari mereka kata nak tubuh (parti baru), saya terima hari itu saja 20,000 borang baru nak sertai parti Bersatu.

“Keluar 6 orang masuk 20,000,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Related Articles

One Comment

  1. Hahaha yang keluar tu semuanya pelesit.. Memang patut dorg ikut si saka tua tu.. Bior tinggal yg sehat2 je…

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker