Guna isu kes mahkamah tak beri kesan kepada pengundi – Najib

Tindakan parti pembangkang menggunakan isu kes mahkamah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi kesan kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin isu tersebut tidak akan menjejaskan sokong kepada BN melihat kepada sambutan masyarakat menerusi kempen dan program parti itu.

Saya tak fikir apa yang berlaku pada diri saya itu mempengaruhi keputusan PRK Slim, sebaliknya simpati rakyat bertambah,” katanya yang bekas Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Media PRK N.58 Slim di sini hari ini.

Sementara itu, Najib berkata, BN boleh mendapat peningkatan majoriti undi pada PRK Slim seperti PRK sebelum ini bermula di PRK Parlimen Cameron Highlands.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, kerjasama jitu Muafakat Nasional dengan sokongan rakan-rakan BN seperti Parti Makkal Sakti Malaysia akan memberikan hasil positif untuk memberi kemenangan kepada calon BN.

“Alhamdulillah, sambutan pengundi terhadap calon BN amat memberangsangkan. Di mana majlis yang diadakan secara besar-besaran atau rumah ke rumah, reaksi diberikan baik.

“Apa yang diharapkan, Insya-Allah mereka sokong calon kita. Kita akan teruskan usaha kempen,” katanya. – MalaysiaGazette

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker