2,000 ahli Bersatu Melaka pula istiyhar keluar parti

Nampaknya gelombang keluar Bersatu belum reda.

Malam tadi hampir 2,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pelbagai peringkat jawatan di sini pula mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Mereka merupakan ahli dari enam bahagian iaitu Bahagian Tangga Batu, Bukit Katil, Jasin, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Kota Melaka.

Ketua Cawangan Bersatu Rim, Imanuddin Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat ekoran presiden parti yang disertai mereka telah mengkhianati mandat rakyat yang telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, banyak soal disiplin dalam Bersatu telah ‘dirogol’ selain telah mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengasas parti berkenaan.

“Kami ini ahli biasa sahaja, kami bukan wakil rakyat di Parlimen yang mendapat mandat daripada rakyat tetapi rakan-rakan saya inilah yang merupakan pejuang asal tanpa sempadan bersama-sama menegakkan Bersatu di negeri Melaka ini,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Beliau berkata, langkah yang dilakukan oleh mereka itu bermula apabila seramai 16 ketua di peringkat bahagian di negeri ini dipecat dengan alasan kononnya telah melanggar disiplin parti.

Terdahulu, Imanuddin mengetui bahagian-bahagian berkenaan mengumumkan keluar parti Bersatu yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam ini.

Program bermula dengan pengisytiharan keluar parti oleh ketua-ketua cawangan dari bahagian-bahagian terlibat.

Sementara itu ketika ditanya, sama ada pengumuman keluar parti itu satu cuba untuk mensabotaj mesyuarat peringkat sayap di Melaka yang akan berlangsung esok, Imanuddin menafikan perkara itu.

Jelasnya, perhimpunan yang diadakan pada malam ini sememangnya telah lama dirancang dan ia merupakan permintaan akar umbi yang mahu keluar parti.

Katanya lagi, tidak ada paksaan daripada mana-mana pihak supaya mereka berbuat demikian sebaliknya, ia adalah dari hati nurani mereka sendiri. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker