Siti Kasim bebas tuduhan halang tugas pegawai Jawi

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan peguam Siti Kasim daripada tuduhan menghalang tugas penjawat awam dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada satu acara transgender pada 2016.

Majistret Tawfiq Affandy Chin pagi ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap aktivis itu, atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim.

Pada 23 Jun 2017, Siti mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan ‘menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Serbuan tersebut dilakukan pada satu acara transgender pada April 2016 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur di mana Siti Kasim hadir sebagai tetamu. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker