Petrol naik 3 sen

Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 3 sen, manakala diesel turun 2 sen mulai tengah malam ini.

Harga RON95 meningkat daripada RM1.68 kepada RM1.71 seliter dan RON97 daripada RM1.98 kepada RM2.01 seliter.

Diesel pula turun 2 sen kepada RM1.80 seliter berbanding RM1.82.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 28 Ogos ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan petang ini. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker