Md Rayhan dihantar pulang malam ini

KUALA LUMPUR: Lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir, yang mencetuskan kontroversi mendakwa pihak berkuasa Malaysia bertindak tidak adil kepada warga asing dalam dokumentari terbitan Al Jazeera, akan dihantar pulang malam ini.

 

Sumber berkata, penghantaran balik Md Rayhan ke negara asal dilakukan menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Lelaki itu akan dibawa ke KLIA jam 9 malam nanti,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang memaparkan Md Rayhan mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing.- BH

Lelaki Bangladesh dalam video Al Jazeera mohon maaf kepada kerajaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker