Mahkamah tolak permohonan semak persetujuan bubar DUN Sabah

Share

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan 33 Adun Sabah yang memohon persetujuan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri disemak semula.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan itu atas alasan perkara itu tidak boleh diputuskan di mahkamah.

Kumpulan wakil rakyat itu, diketuai bekas ketua menteri Musa Aman, memohon kebenaran untuk semakan kehakiman itu pada 3 Ogos lepas, dan juga memohon injunksi ke atas pembubaran DUN dan mempersoalkan permohonan bertulis Ketua Menteri Shafie Apdal kepada Juhar memohon DUN dibubarkan pada 29 Julai.


Selain Musa, mereka yang terlibat dalam permohonan itu ialah Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Mojungki (Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Musbah Jamli (Tempasuk), Japlin Akim (Usukan), Jahid Jahim (Tamparuli), Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haider Khan (Kawang), Mohd Ariffin Ariff (Membakut), Isnin Aliasnin (Klias), Limus Jury (Klias), Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Masidi Manjun (Karanaan), Abidin Madingkir (Paginanatan), Jeffrey Kitingan (Tambunan), Robert Tawik (Bingkor), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ellron Angin (Sook), Bobbey Ahfang Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Niuzam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Osman Jamal (Balung) dan Adun lantikan Jaffari Waliam dan Ronnie Loh. FMT

Leave a Reply