Kenapa marah sangat PAS nak sertai PN?

Itu tindakan yang baik. UMNO enggan sertai PN juga strategi yang baik.

Keputusan ini akan membolehkan sebarang pembahagian kerusi dimulai melalui perbincangan dalaman Muafakat Nasional. Hasil perbincangan itulah yang akan dibawa UMNO untuk dirunding di peringkat Barisan Nasional sementara PAS pula akan membawanya untuk pengagihan di peringkat Perikatan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

Akhirnya UMNO dan PAS lah yang akan mengetuai pembahagian kerusi antara parti-parti komponen kerajaan semasa.

Yang sepatutnya menjadi keutamaan bukanlah siapa nak join siapa. Tetapi bagaimana UMNO dan PAS (terutamanya) boleh menguasai gabungan yang mereka sertai supaya akhirnya MN akan menjadi teras utama kerajaan selepas PRU15.

Dan bila saya sebut menguasai, saya maksudkan kedua-dua parti ini perlu mendominasi pertandingan di 155 kerusi luar bandar bermajoriti Melayu bumiputera.

Situasi ni akan menjadi pengalaman baru kepada PAS sebagai mediator (orang tengah) kepada parti-parti yang berbeza ideologi – peranan yang sebelum ini dimainkan Semangat 46 dan PKR.

UMNO mungkin tiada masalah kerana mereka masih dominon di dalam Barisan Nasional.

Cuma satu sahaja saya nak pesan. Selagi mana PPBM masih enggan menyertai UMNO semula, mereka akan berdepan risiko pemulauan dan kekalahan mengejut walaupun di kerusi selamat.

Sebab walak dan ketaatan hanya untuk ahli.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Masjid Tebauk Kuala Terengganu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker