Abdul Ghani Salleh pengerusi baharu SPR

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Abdul Ghani Salleh sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu menggantikan Azhar Azizan Harun yang kini speaker Dewan Rakyat.

Pelantikan Ghani berkuatkuasa hari ini hingga mencapai usia 66 tahun selaras Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan itu juga mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Ghani yang dilahirkan pada 10 Mei 1958 di Kuala Kurau, Perak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara wajib pada 10 Mei 2018 adalah sebagai Setiausaha SPR.
Dalam pada itu, Nik Ali pula dilahirkan pada 19 Mei 1958 di Kelantan, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Asia Tenggara daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 dan Ijazah Sarjana daripada University of Hull, United Kingdom pada tahun 1991.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Pengarah, Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri.
Jawatan terakhir beliau sebelum bersara wajib pada 19 Mei 2018 adalah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker