Warga emas maut selepas kenderaan terjunam dari tingkat 3

Share

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut selepas pacuan 4 roda yang dipandunya terjunam dari tingkat 3 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.18 petang tadi dan menghantar sebuah jentera bersama 9 anggota ke tempat kejadian.

dalam Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur.


“Mangsa seorang lelaki berumur 63 tahun disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply