Tolak ansur tiga parti pacu kejayaan negara tangani Covid-19

SHAH ALAM – Kejayaan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menguruskan perbezaan dan sikap tolak ansur parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuahkan kejayaan buat negara dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, kejayaan itu seterusnya dapat memacu pembangunan ekonomi pasca pandemik seperti yang mulai berhasil.

Menurutnya, sebenarnya itulah ramuan terpenting untuk negara bagi membangunkan peradaban manusia yang berteraskan Islam dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

“Bagaimanapun, mutakhir ini ada sedikit ‘kocakan air di dalam cawan’ yang cuba menggugat kesatuan ummah dan perpaduan kaum ini,” kata Dr Mohd Zuhdi dalam kenyataannya hari ini.



Beliau berkata, anasir gangguan itu banyak datangnya dari luar dan sedikit dari dalam yang cuba membesar-besarkan perbezaan dalam kalangan UMNO, Pas dan Bersatu seterusnya mewujudkan sikap saling mencurigai sesama sendiri.

Pada masa sama, menurut beliau, golongan yang terbabit juga berusaha mengikis semangat bertolak ansur dalam kalangan parti-parti di dalam kerajaan PN.

“Sehubungan itu, sempena menyambut Maal Hijrah ini, marilah kita merapatkan semula saf ummah agar gangguan-gangguan syaitan yang berusaha memecahbelahkan kita dapat dihindari.

“Marilah kita mengambil semangat persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang menjadi tonggak penting Rasulullah S.A.W mengorak langkah membina peradaban di Madinah seterusnya menaungi keadilan seluruh dunia.



“Yakinlah, kita umat Melayu dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia berada di landasan yang betul untuk membina semula peradaban manusia berteraskan Islam,” katanya.

Tambahnya, beliau berharapTahun 1442 Hijri ini akan menjadi titik mula membina Malaysia sebagai negara berperadaban yang dihormati dunia.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker