Tindakan Rahman terhadap Bung Moktar satu penghinaan – KJ

Share

Tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan 12 bahagian parti yang tidak berpuas hati terhadap pemilihan Datuk Bung Moktar Radin untuk mengetuai parti itu dalam PRN Sabah yang disifatkan sebagai satu ‘penghinaan’.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa pemimpin parti menyelesaikan sebarang konflik berhubung siapa yang patut mengetuai jentera untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan depan.

Menurutnya, Abdul Rahman berhak mempunyai pandangan sendiri tetapi perkara itu sensitif dan ia perlu diselesaikan secara dalaman.


“Kita mempunyai sebulan menjelang penamaan calon, jadi kita ada banyak kerja perlu dibuat dari segi rundingan kerusi dengan rakan kongsi kita.

“Lebih baik menyelesaikan perkara dalaman UMNO secara tertutup. Saya yakin kita akan mencapai persetujuan boleh diterima semua,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sidang media di Cyberjaya hari ini.

Abdul Rahman mendakwa pihaknya tidak mahu Bung Moktar mengetuai PRN Sabah memandangkan beliau terpalit dengan kes rasuah di mahkamah yang belum selesai.


Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Bung akan mengetuai jentera BN untuk PRN Sabah.

Bagaimanapun, Abdul Rahman dilaporkan berkata, pelantikan Bung tidak dibincangkan dan ia melanggar semangat autonomi Sabah yang diumumkan tahun lepas.- MalaysiaGazette

Leave a Reply