Tindakan Pas, Bersatu bakal gugat hubungan baik BN

SHAH ALAM – Keberadaan Pas dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tanpa penglibatan Barisan Nasional (BN) bakal menggugat hubungan ketiga-tiga parti politik itu dalam blok kerajaan.

Situasi itu menggambarkan seolah-olah Pas tidak menghiraukan pendirian BN meskipun kedua-dua parti terbabit terlebih dahulu menjalinkan kerjasama melalui Muafakat Nasional.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pendaftaran PN hanya bersifat sementara dan sekadar gimik politik sekiranya BN tidak terlibat sama.

“Pas akan ikut pihak yang mana lebih dominan, jadi mereka setuju (daftar PN) sekarang sebab Perdana Menteri adalah daripada Bersatu.

“Apabila berlaku pembubaran Parlimen nanti, belum tentu Pas akan bersama Bersatu kerana sudah tentu Pas mahu bersama dengan parti lebih dominan, ikut Muafakat Nasional.

“Inilah wajah Pas yang kita kena tahu dan Pas seringkali bertukar sokongan mengikut kepentingan parti dan kepimpinan mereka sendiri,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. SH

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker