MN Merupakan Pilihan Utama Rakyat Kata Najib [Video]

Share

Tanjung Malim – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan persefahaman politik melalui Muafakat Nasional adalah pilihan utama rakyat.

“Saya pun tak pasti kerana ada macam-macam kenyataan, ada yang menafikan kata surat tersebut tidak betul dan sebagainya.

“Jadi kita tunggu perkembangannya, waima bagaimana pun kita akan menjayakan Muafakat Nasional sebagai pendekatan dan persefahaman politik yang menjadi pilihan utama rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk menganggotai jawatankuasa penaja Perikatan Nasional.

Najib turut menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS sehingga kini amat disenangi di peringkat akar umbi.

“Setakat ini alhamdullilah kerjasama agak baik dan kita telah buktikan dalam 6 pilihan raya kecil sebelum ini.


ht“Insyallah akan terbukti kesefahaman politik dalam Muafakat Nasional yang amat disenangi oleh rakyat terutama di peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Terdahulu Najib melakukan progam jelajah mersa bersama calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz di pasar malam, di sini hari ini. – SuaraTV

Leave a Reply