Kluster import baru dikesan daripada 5 kes Covid-19

Share

Sebanyak 5 kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 7 pesakit sembuh hari ini.

Setakat ini, 183 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 7 daripadanya di unit rawatan rapi dan 4 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua 5 kes baru itu ialah kes import.


“Satu kluster import baru dikesan melibatkan 4 anak kapal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlahnya kekal 125 orang.

Hisham berkata, seramai 8,932 daripada 9,240 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini. FMT


Leave a Reply