Kes baharu Kluster Tawar, Sala terus meningkat

Share

Kes positif baharu Covid-19 membabitkan Kluster Tawar dan Kluster Sala terus meningkat.

Sebanyak lapan lagi kes baharu Kluster Tawar dilaporkan di dua negeri di utara Semenanjung iaitu masing-masing empat kes di Kedah dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster berkenaan adalah sebanyak 55 kes.


Katanya, seramai 1,910 orang telah dilibatkan dalam ujian saringan melibatkan kluster tersebut.

“Mengikut pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah di Kedah seramai 1,560 orang dilibatkan dalam ujian saringan Covid-19 dan 44 kes dikesan positif manakala 1,173 individu disahkan negatif sementara seramai 343 individu lagi masih menunggu keputusan ujian.

“Justeru empat kes Kluster Tawar di Pulau Pinang pula menyaksikan seramai 341 individu telah dilibatkan dalam ujian saringan yang mana 11 kes daripadanya dikesan positif Covid-19 sementara 316 lagi individu negatif dan 14 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, di Perak seramai sembilan individu telah disaring dan disahkan negatif menerusi saringan terakhir pada 17 Ogos lalu.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, tiga kes baharu bagi Kluster Sala dilaporkan di Kedah hari ini menjadikan jumlah kes positif bagi kluster berkenaan adalah sebanyak 11 kes.

Katanya, seramai 668 individu daripada Kluster Sala telah menjalani ujian saringan pengesanan virus sehingga tengahari tadi.


“Jika ikutkan pecahannya, di Kedah seramai 662 orang telah disaring bagi Kluster Sala dan 11 daripadanya dikesan positif Covid-19 sementara 494 individu pula disahkan negatif manakala 157 individu masih menunggu keputusan saringan itu.

“Di Pulau Pinang seramai enam individu telah disaring tetapi kesemua mereka disahkan negatif jangkitan Covid-19.

“Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster masih diteruskan sementara situasi semasa akan dimaklumkan oleh KKM dari semasa ke semasa,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!