GEMPAR! Tular gambar polis acu pistol

KUALA LANGAT: Orang ramai diminta untuk tidak panik berhubung penularan gambar memaparkan anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang individu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian itu adalah berkaitan pengambaran sebuah filem Tamil yang berlangsung di Jalan Sultan Abdul Samad menghala ke Morib.

“Pihak kita telah pun dimaklumkan oleh Bukit Aman berkaitan pengambaran filem tersebut. Pengambaran ini hanya berlaku sekejap sahaja dan kita dimaklumkan terdapat beberapa daerah lain juga terlibat dengan pengambaran filem tersebut.

“Bagaimanapun, kita juga telah meletakkan beberapa anggota untuk memantau sepanjang pengambaran dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam laman sosial Facebook gambar anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang lelaki.

Malah, turut kelihatan juga sebuah kenderaan polis berhampiran kejadian tersebut. – UTUSAN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker